Thursday, February 25, 2010

Gigi sakit ke sakit gigi?

Hari ni cuti. Maulidur Rasul. Selamat Hari Jadi Rasulullah..

Tapi, bagi aku, kalau jumaat cuti, takde beza pun, sebab memang aku and kawan2 takde class hari jumaat.gitew..Aduh, aku serabut sangat sekarang. banyak kerja. especially fyp and fydp.. pitam uols.. T_T
Takpe2, chaiyok2 okeh!! semua orang pun. hehe

Aduh.. aku dah hampir seminggu merana sakit gigi..uwaaaa!~ gigi belakang sekali nak tumbuh. rasa macam budak2 gitew.haha.tapi, seriously, memang sakit. masa kat Kerteh dulu, gigi ni la jugak, tapi, tak keluar habis lagi. ni, depa start nak keluaq balik dah.pitam aku. tapi, yang sekarang tak seteruk masa kat Kerteh dulu lah. Tekak aku pun bengkak habis. Nak telan air liur pun menangis2, nak makan apa lagi uols. Tengah2 malam, menangis, sian Cik Kikim, duk pujuk mak. isk. Thanks Cik Kikim.muah!! .hehe.


Sekarang ni, dorang suh pergi klinik, kawan aku cakap, nanti doktor belah sikit gusi nak bagi senang gigi keluar.apa?aku tak dengar?belah?okeh. Bye. aku kumur dengan air garam je sekarang, macam okay sikit. tapi tak taw lah kan nanti tiba2 gigi mengamuk ke.Haru..terpaksa makaku gi operate, ewah!operate gitu.padahal belah sikit je.hehe..doakan la aku cepat sembuh ye..Amin..

Semalam pergi Lumut dengan Kikim, Fezi, Aimi and Seni. Makan2, tapi nak jalan2, tak boleh, hujan. Haru..hehe. To cik kikim, sori tak dapat teman pergi batu gajah, mak sakit perut sebab ehem2 and sakit gigi.. T_T

Nanti aku nak cerita pasal pergi Pulau Redang masa intern ritu,hehe.. nanti lah..

Adios.

Wednesday, February 17, 2010

Tagged by Cik Kikim

In this tag you have to talk everything about anyone that you like, which is :

Ros Bt Mohd
1. apakah hubungan anda dengan dia?


Emak Saya
2. 5 impression terhadap dia?


- Emak Yang Baik


- Peramah Dengan Semua Orang


- Cakap Telefon Mesti Riuh ^_^


- Isteri Yang Memahami


- Dia Sayang Saya

3. perkara yang paling memorable dia lakukan kepada awak?


- Banyak. Tapi paling saya ingat, saya mintak dia buat nasi minyak masa birthday saya. Kenapa ni yang paling saya ingat? Sebab, saya macam marah sebab saya minta buat nasi minyak sikit je, tapi, nak taw tak, dia bawak satu periuk besar macam orang guna untuk masak buat kenduri. Jahat kan saya?

4. perkara yang paling memorable dia katakan pada awak?


- Banyak. Tapi, saya paling suka bila dia pesan kat abang saya jangan pukul adik-adik. =')
5. kalau dia kekasih awak?


- Dia memang kekasih saya. Dari awal sampai akhirnya.
6. kalau dia jadi musuh awak?


- Kalau saya jadi anak derhaka sekalipun, emak saya takkan anggap saya musuh dia. Saya tahu, semua ibu pun macam tu.


7. kalau dia kekasih awak, awak akan??


- Saya akan mencintai dia sampai bila-bila sepenuh hati saya. 
8. kalau dia jadi musuh awak mungkin kerana


- Takkan Pernah.

9. overall impression tentang dia?


- She's my everything.
10. the most desirable thing to do to her/him


- Bagitahu dia yang saya sangat sayangkan dia dan saya sangat rindukan dia. Saya nak ucapkan terima kasih dan minta maaf, especially sebab saya marah dia pasal nasi minyak tu walaupun saya taw benda tu tak salah pun, tapi, maybe masa tu saya baru bangun tidur. Jadi emotional. Dan, saya takkan pernah sempat dan dapat ucapkan terima kasih atas semua benda yang dia buat untuk saya dan saya takkan pernah dapat untuk bagitahu yang saya sayangkan dia, sebab dia dah lama pergi. Sudah 9 tahun. Walaupun saya dah dapat pengganti dia, tapi, takkan pernah sama. Takkan. I love you Mom.


11. apakah awak rasa pandangan orang terhadap awak?


- Sombong?Nyampah?Gedik?Entah. Ikut orang tu sendiri lah. Kalau suka, baguslah, Kalau tak, ada mak kisah?



12.apakah sebenarnya perangai anda?


- Teruk jugak kot T_T.. ntahlah. Ada masa okay, ada masa tak. Tapi, saya sayang binatang taw. ^_^
13. perangai anda yang anda benci?


- Cepat gelabah..
- Less Self Confidence..
- Tak bersyukur dengan apa yang ada..
- Emotional...
-Suka gossip..Yang ni Semua orang suka..
- Banyak lagi lah..
14. orang yang anda ingin bersama


- Keluarga, Hafiq, Kawan-Kawan dan semua orang. =)


15. katakan sesuatu untuk orang-orang yang suka anda


- I LOVE YOU.
16. tag 4 orang

1, ANE Family.
2. Anep
3. Ojan
4. Dobi



17. no 2 ada hubungan dengan siapa?


- Tak Tahu ^_^


18. no 3 lelaki atau perempuan?


- Lelaki lah.


19. no 1 single kah?


- Ada yang single, ada yang tak.

20. no 4 belajar apa?


- Chemical Engineering.
 
 
Bye Sume! ^_^

Tuesday, February 16, 2010

Tengku Intan Karina (Oct 24, 1984 - Feb 16, 2010)

16 Feb 2010, 730 pagi tadi dapat msg kawan aku hantar. Sorang kawan aku dalam PERMATA meninggal accident. TERKEDU. Arwah kena langgar dengan apek mabuk. Accident dalam malam tu, pagi tadi puul 3 pagi meninggal. Arwah dengan kawan arwah. Tapi aku tak tahu pulak apa jadi dengan kawan dia. Aku agak terkilan sebab kelmarin aku baru saja tukar gambar aku dengan dia kat gtalk aku. Then, sepatutnya PERMATA ada bbq kat Sekayu, arwah tak pergi. Kawan aku cakap, masa kat Sekayu tu memang dorang pun duk cakap pasal Karina. Aku tak dapat bayang kalau arwah pergi bbq tu, memang sedih tahap apa aku tak tahu, yelah, pergi bbq siang tu happy2, esok dapat msg kawan tu dah meninggal. Memang aku tak dapat bayang perasaan semua orang. Mungkin dah ditakdirkan arwah tak pergi bbq tu, mungkin, Allah tak nak kami semua sedih tahap yang tak boleh nak cakap..




Tengku Intan Karina. Such a sweet girl from Besut, Terengganu. I think she just graduated last year from Universiti Malaysia Sabah. I got to know her when we both joined Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu(PERMATA) back in December 2006. Lotsa laugh and joy we shared together. It will remain in our heart. I will remember you Karina. Always.

I love you and I'm sorry if I have done you wrong.

Mari sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah dan semoga arwah diampunkan segalanya dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.Amin~

RIP~

Saturday, February 13, 2010

Gambar Farewell



aku tak balik raya cina.mula-mula ingat berani duduk sorang,tapi lepas sorang budak cerita pasal 'ehem2'.seram pulak makaku sorang duduk V4 semua housemate balik..jadi, sebab ketakutan yang amat itu, aku pun tabahkan hati before magrib pergi V5, tidur bilik Suria dengan Erry.giteww~~
Katanya nak guna masa ni nak buat semua kerja,tapi..apakan daya..aku manusia biasa..uhuk~
Benci betul lah, pakai cable boleh pulak upload gambar kat bilik dorang ni..kat bilik aku, cable lagi lah tak keluar langsung button photo kat atas~~Ni gambar time farewell, aku sorang saja trainee deparment tu, department pun sikit je staff,11 orang..sebab department ni ada supporting department lain-lain..best jugak,sebab dapat kenal ramai orang..best~~^_^

To Kiking cayam, aku dah dapat upload gambar noks!~




 ambil saguhati gitew..hehe.tu senior manager department aku..



En Sudin ngan Naz.Naz tu ex UTP.


Duyong Engineers from other supporting department..aku trainee je..=P


Adira. She's very nice & lovely .=)

Chuan. Baru grad jugak ni. Student UTP. Jeles sebab baru masuk kerja dah dapat jadi
Operation Supervisor offshore. T_T



Tempat..Rindu..=(


Ni dekat department Nisha sebab nak pergi ambil gambar dengan Ex-SV..hehe


Ni lah SV lama before dia tukar department..

Haa..Nilah SV saya..Ex UTP jugak ni..sporting habis..tapi, bab-bab kerja, strict jugak..jangan marah aa..=P
Saja main-main masa last day..=P
Peace No War!~
Bye~~
P/S : Bajet saja nak buat kerja..Isk..Lagi haru fikir pasal FYP..apa nak buat untuk improve membrane performance tu..research baru 1%..*pitam* T_T
Isk..takpe2..Ya Allah..bantulah hamba-Mu ini..Amin~~